
Kota Kinabalu: Seorang lelaki rakyat Indonesia berusia 42 tahun yang berkahwin dengan wanita tempatan didakwa merogol seorang perempuan bawah umur.
Ari Ambo Tang mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan atas pertuduhan dihadapinya.
Dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun enam bulan antara jam 5 petang hingga 8 malam, pada pertengahan Mac tahun ini di sebuah rumah pekerja di Jalan Tuaran, Kampung Giling, Tuaran.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kesalahan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, bagi kesalahan merogol dengan atau tanpa kerelaan mangsa yang berumur bawah 16 tahun.
Mahkamah menetapkan 22 Julai ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan Ari dibebaskan dengan jaminan RM6,000 serta dua penjamin tempatan yang mempunyai alamat dan pekerjaan tetap.
Ari juga diperintah melapor diri di balai polis Tuaran dua kali sebulan dan pasportnya disimpan oleh mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah juga mengingatkan Ari agar tidak menghubungi atau mengganggu saksi pendakwaan terutamanya mangsa.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis membantah permohonan jaminan terhadap Ari atas alasan dia bukan warganegara Malaysia, namun jika mahkamah membenarkan jaminan, beliau mencadangkan RM10,000 dengan beberapa syarat dikenakan.
Peguam Lawrence Lim yang mewakili Ari memohon jaminan diberikan kepada Ari atas alasan anak guamnya sudah berkahwin dengan wanita tempatan dan mereka mempunyai lima anak.
Lim turut memberitahu mahkamah bahawa Ari tidak mempunyai pendapatan tetap.
Di mahkamah lain, tiga pendatang dijatuhi hukuman penjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini secara haram.
Parak Baki, Nurjima Salimuddin dan Gracesia Hamson masing-masing mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.
Mereka ditangkap pada 5 Jun tahun ini di beberapa rumah berbeza di Kota Marudu selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri kepada pegawai imigresen semasa satu operasi dijalankan di kawasan itu.
Selepas tamat menjalani hukuman penjara, mereka diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Pegawai Pendakwa Gressia Yolanda dari Jabatan Imigresen mengendalikan pendakwaan.

