Lelaki didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel

21 Oct 2026 • 1:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel

KUANTAN – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah hotel di daerah Rompin, Jun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Sarih Naqiuden Sarih Md Sukri, 20, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah hotel di daerah Rompin, antara pukul 6 petang, 23 Jun hingga 5 pagi, 24 Jun lalu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Fadzli Mohd Ramly.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia.

Antara syarat jaminan ditetapkan ialah tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak mengganggu saksi sehingga kes selesai dan melaporkan diri di balai polis di Rompin setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 17 November ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved