Lelaki didakwa rogol remaja 15 tahun tepi jalan

LocalPolitics
30 Jan 2026 • 11:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki didakwa atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan di tepi jalan di Kuala Pilah, tahun lalu.

SEREMBAN - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan di tepi jalan di Kuala Pilah, tahun lalu.

Tertuduh, Abu Suffian Hashim, 23, yang merupakan pekerja cafe membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan rogol ke atas remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan ketika kejadian.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 5.30 petang di tepi jalan laluan masuk Taman Bahagia Delima di Kuala Pilah pada Mei 2025.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memaklumkan bahawa hubungan tertuduh dan mangsa adalah sebagai rakan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon diberikan jaminan dengan jumlah paling minimum.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sehingga kes selesai dan tidak menganggu saksi.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 Mac depan untuk serahan dokumen.