Lelaki Didenda RM1,500 Sebab Belasah Adik Hingga Cedera Gara-gara Berebut Aircond

Entertainment
3 Sep 2024 • 3:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pekerja kebun sawit didenda RM1,500 kerana mencederakan adiknya pada hujung bulan lalu. Tertuduh, Muhamad Faeez Assyafiq Firdaus, 33 dihadapkan ke Mahkamah Majistret Yong Peng hari ini, dia mengaku bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dikemukakan terhadapnya.

Dalam pada itu, bapa kepada tiga anak ini didenda dengan sehaja mendatangkan kecederaan terhadap adik lelakinya yang berusia 26 tahun di sebuah rumah yang terletak di Simpang 5, Parit Sulong, jam 1.30 tengah hari pada 31 Ogos lalu.

Seksyen itu mempertuntukkan penjara hingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-dua jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, kejadian itu berlaku ketika tertuduh mahu mengambil penghawa dingin di rumah ibunya namun telah dihalang oleh mangsa.

image is not available

Mereka mula ‘bergaduh mulut’ yang menyumbang kepada pergaduhan fizikal di mana suspek telah membelasah dan membuatkan mangsa cedera.

Mangsa kemudian segera dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) serta membuat laporan di Balai Polis Parit Sulong sebelum tertuduh ditahan pada hari sama.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article