Lelaki Digelar ‘Manusia Paling Kotor’ Meninggal Dunia Selepas Pertama Kali Mandi

Entertainment
27 Oct 2022 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang mesti pernah dengar seorang lelaki yang tular sebelum ini dengan pengakuannya yang tidak pernah mandi sejak berpuluh tahun yang lalu.

Amou Haji merupakan seorang lelaki yang berasal dari Iran pernah membuat pengakuan terhadap perkara tersebut. Dia juga digelar sebagai ‘manusia paling kotor’ di dunia.

Amou Haji meninggal dunia selepas pertama kali mandi

Namun, baru-baru ini media telah melaporkan mengenai berita sedih dimana dia telah meninggal dunia pada usia 94 tahun selepas didakwa mandi untuk pertama kali.

image is not available

Menurut Harian Metro, Amou Haji sebelum ini pernah mengatakan bahawa dia tidak ingin mandi kerana khuatir akan memberi kesan kepada kesihatan dirinya dan boleh menyebabkan jatuh sakit.

Menurutnya juga, ramai penduduk kampung di wilayah selatan Fars pernah mencuba untuk membersihkan dirinya namun ditolak mentah-mentah.

Lama-kelamaan, akhirnya dia akur dengan membuat keputusan untuk mandi selepas ditekan oleh ramai penduduk kampung di sana.

Namun, tidak lama selepas itu, lelaki itu difahamkan telah jatuh sakit dan meninggal dunia pada Ahad lalu selepas didakwa pertama kali mandi beberapa bulan lalu.

Amou Haji tinggal di lubang tanah, suka makan landak

Amou Haji juga difahamkan tinggal antara lubang di tanah dan pondok bata yang dibina atas keprihatinan jiran di Kampung Dejgah. Dia juga pernah mendedahkan makanan kegemarannya adalah landak.

image is not available

Akibat sudah bertahun-tahun tidak mandi, beberapa individu memberitahu bahawa kulit Amou Haji diselaputi jelaga dan nanah dan sering minum air yang tidak bersih daripada tin minyak lama.

Dia juga gemar merokok dan ada sumber menyatakan yang dia pernah menghisap lebih daripada satu rokok sekali gus.

image is not available

Untung dia dapat jiran yang prihatin…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.