Lelaki dijel semula kerana bakar barang milik bapa

6 Jul 2023 • 5:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 39 tahun yang baru keluar dari penjara kerana menyebabkan kecederaan kepada bapanya, dipenjara dua tahun kerana membakar barang milik bapanya.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus turut memerintahkan Mohd Kim Assaanal Aswadillah Shah Akim membayar denda RM5,000 atau penjara enam bulan.

Mohd Kim mengaku bersalah melakukan khianat dengan membakar barang milik bapanya pada jam 9 malam 27 Mei tahun ini di sebuah rumah di Kg Pirasan, Kota Belud.

Antara yang dibakarnya ialah beberapa beg berisi pakaian, bantal, tilam dan katil.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Mohd Kim menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 27 Mei tahun ini.

Semasa rayuan, Mohd Kim yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan.

Tetapi, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan terhadap Mohd Kim. – CDB Dia memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mohd Kim baru sahaja keluar dari penjara selepas menjalani hukuman penjara setahun kerana memukul bapanya.

Mahkamah mendengar bahawa pada hari kejadian Mohd Kim mengamuk dan tiba-tiba membakar semua barang milik bapanya.

Adik perempuan Mohd Kim, 16, yang menyaksikan kejadian itu berasa takut dan meminta bapa mereka membuat laporan polis.

Susulan laporan polis, Mohd Kim telah ditahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.