Lelaki nafi rogol, cabul dua anak saudara

5 Jul 2023 • 4:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 43 tahun didakwa atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak saudaranya yang merupakan adik-beradik.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, kepada kedua-dua pertuduhan terhadapnya pada Selasa.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun antara pukul 5 petang hingga 6 petang pada 2020 di dalam bilik tidur sebuah rumah di Kota Belud.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dengan meraba kemaluannya, juga pada 2020 di tempat dan masa yang sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 2 Ogos tahun ini untuk pengurusan kes praperbicaraan dan melepaskan lelaki itu dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan.

Mahkamah juga mengenakan beberapa syarat tambahan iaitu, lelaki itu diarah melaporkan diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan, tidak memasuki kampung di mana mangsa tinggal, menyerahkan pasport antarabangsanya jika ada, tidak mengganggu atau menelefon secara langsung atau tidak langsung dengan saksi pendakwaan terutamanya kedua-dua mangsa ,dan sekiranya terdapat sebarang laporan daripada Pegawai Penyiasat atau daripada pengadu dalam kes ini bahawa lelaki tersebut cuba memanggil mangsa atau pengadu yang dikatakan untuk menarik balik aduan mereka, jaminan akan dibatalkan. Terdahulu, peguam Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali yang membela lelaki itu, memohon jaminan diberikan dengan berkata lelaki itu mengalami kecederaan tulang belakang dan memerlukan rawatan perubatan yang kerap.

Tambah Syazwan, jika ikat jamin tidak diberikan, mereka bimbang kecederaan itu akan menjadi lebih teruk.

Dia juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa isteri lelaki itu tidak bekerja dan mereka perlu menanggung lima anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman yang sebelum itu membantah ikat jamin, berkata jika ikat jamin dibenarkan, beliau mencadangkan jaminan RM20,000 dengan beberapa syarat tambahan dikenakan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.