Lelaki Dikecam Buat Gurau Tentang Kahwin Sebab Tak Dikurniakan Rezeki Zuriat – “Mungkin Saya Kena Nikah Seorang Lagi”

25 Aug 2025 • 12:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hati dan perasaan pasangan sepatutnya dijaga dengan baik dan kadang kala komen yang dianggap gurauan sebenarnya menjatuhkan maruah atau mengguris hati mereka.

Seperti komen lelaki ini yang dikecam selepas dia ‘bergurau’ tentang berkahwin seorang lagi hanya kerana belum dikurniakan cahaya mata.

Komen tersebut ditulis di satu hantaran TikTok namun telah ditularkan di laman sosial Threads dan lelaki berkenaan dikecam kerana bukan sahaja tidak bersyukur tetapi juga menjatuhkan maruah isterinya.

Tulis lelaki itu, dia dikurniakan rezeki melimpah ruah dan mencukupi dalam kehidupannya namun Allah tidak memberikan dia dan isteri zuriat.

Allah bagi saya semua cukup. Motor, kereta, rumah, tanah, dusun dan macam-macam. Tapi Allah tak bagi saya anak. Mungkin saya kena nikah seorang lagi la.

 

View on Threads

 

Komen tersebut mengundang kritikan ramai dan tidak kurang juga komen sindiran daripada netizen yang berkata mungkin dia yang mempunyai masalah kesuburan.

Dalam pada itu, ramai yang memberi nasihat dan komen-komen muhasabah untuk pasangan suami isteri di luar sana serta sesetengah netizen menyebarkan ilmu tentang kesuburan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-06-30 12:13:02

"Berkahwin Tak Sampai 7 Bulan Dah Cerai.." - Wanita Sedih Suami Akui Rindu Zaman Bujang & Haramkan Ada Zuriat