Lelaki Dikecam Sebab Tak Puas Hati Dengan Ibu Bapa Bawa Twin Stroller Masuk Lif

Entertainment
31 Jan 2024 • 12:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biasanya, kita akan dengar luahan daripada ibu bapa yang mempunyai anak kecil mengenai keutamaan penggunaan lif di pusat beli-belah.

Isu ini juga saban tahun diperdebatkan dan masyarakat dimaklumkan kemudahan lif diberi keutamaan kepada golongan OKU, warga emas, ibu mengandung dan ibu bapa yang bawa anak kecil.

Namun, masih ada juga individu yang pentingkan diri dan tidak berpuas hati dengan hak golongan ini.

Baru-baru ini, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati berhubung pengalamannya dengan ibu bapa yang membawa stroller bayi masuk ke dalam lif.

Katanya, pusat beli-belah yang dikunjunginya terutama pada hujung minggu sentiasa dipenuhi dengan ibu bapa yang membawa stroller bayi.

Luahannya seperti tidak berpuas hati apabila golongan yang diberi keutamaan ini meminta orang lain untuk keluar dari lif. Malah, kenyataannya juga seolah-olah menyindir golongan ibu bapa dan menganggap mereka bersikap pentingkan diri.

Good lord this kind of people jenis selfish nak suruh orang priority kan beliau,” tulisnya.

image is not available

Namun, luahan lelaki ini mendapat kecaman daripada netizen kerana dia seolah-olah tidak memahami mengapa golongan ibu bapa yang membawa anak kecil diberi keutamaan menggunakan lif.

Selain itu, kebanyakan lif di pusat beli-belah ada memaparkan senarai golongan yang diberi keutamaan menggunakan lif.

image is not available

Ada juga yang meluahkan disebabkan mereka yang sihat tubuh badan ini sering memenuhi lif, dia yang menggunakan kerusi roda sudah tidak pergi ke pusat beli-belah.

image is not available image is not available

Hmm, cuba tenangkan diri tu jangan ada rasa hasad dengki dengan golongan yang diberi keutamaan ni.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.