Lelaki dikhuatiri hilang selepas terjun ke dalam Sungai Kinabatangan

30 Jun 2025 • 12:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

KINABATANGAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjun ke dalam Sungai Kinabatangan berhampiran Kampung Bilit, Sukau, pagi Ahad.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Utoh, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian balai pada jam 9.12 pagi, memaklumkan insiden seorang individu dipercayai terjun ke dalam sungai.

“Sebaik menerima maklumat, pasukan kami digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 10.20 pagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Siasatan awal mendapati mangsa dilihat terjun ke dalam sungai oleh seorang pemanggil,” katanya dalam kenyataan.

Pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan kaedah ‘water surface search’ di kawasan yang dilaporkan sebagai lokasi kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Zulkarnain Yusop, seorang lelaki dewasa, dan masih belum ditemukan sehingga kini.

Operasi SAR sedang giat dijalankan dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.