Lelaki dikhuatiri lemas jatuh dari jambatan

15 Jun 2022 • 9:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUANTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Kuantan dari jambatan di Jalan Tanah Putih di sini, pada tengah malam Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12 tengah malam sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa berusia 37 tahun itu digerakkan.

Menurutnya, operasi SAR melibatkan kekuatan 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan.

"Operasi pencarian menggunakan sebuah bot dan usaha mengesan mangsa masih diteruskan," katanya.