Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh ketika memancing

4 May 2025 • 10:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa, Mohd Salam dikatakan keluar memancing bersama rakan yang tinggal berhampiran rumahnya pada jam 9 malam pada Sabtu.

image is not available
Operasi SAR sedang dijalankan oleh anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat

TUMPAT – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Kampung Kebik, di sini, pada Ahad.

Mangsa, Mohd Salam Mohd Daud, 27, dikatakan keluar memancing bersama rakan yang tinggal berhampiran rumahnya pada jam 9 malam, Sabtu lalu.

Bapanya, Mohd Daud Che Hussin, 56, berkata anaknya dipercayai terjatuh semasa memancing di sungai yang terletak hampir enam kilometer dari rumah mereka di Kampung Cabang Empat, di sini.

"Sekarang operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak bomba. Saya mendoakan agar anak ketiga daripada lima beradik ini akan ditemukan segera," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

**media[3110696]**

Menurutnya, dia serta ahli keluarga berada di lokasi kejadian dan tidak putus berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Pegawai Bomba Kanan II Lizan Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 3.20 pagi.

Beliau berkata, mereka ke lokasi kejadian yang terletak 17 kilometer dari balai dan tiba pada 3.33 pagi.

"Kami terpaksa berjalan kaki kerana jalan ke lokasi kejadian sangat sempit. Operasi SAR masih sedang dijalankan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved