Lelaki dilapor hilang ketika cari ketam selamat

28 Dec 2022 • 4:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SIPITANG: Seorang lelaki berusia 53 tahun dari Kg Merintaman, yang dilapor hilang di laut muara sungai Sipitang, sejak 25 Disember lalu, ditemui selamat di kawasan Melamin, Weston.

Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang, Stefanus Lolon Andreas, berkata, mangsa ditemui sekitar jam 2.05 petang, Isnin lepas.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan keluar menangkap ketam di perairan laut pada pagi Krismas.

Namun sehingga lewat pagi Isnin (26 Disember), mangsa didapati tidak pulang ke rumah oleh ahli keluarganya dan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.