Lelaki Dipenjara Curi RM22 Duit Masjid Beli Susu Anak Terima Peguam Daripada Ahli Perniagaan

13 Sep 2023 • 2:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini seorang lelaki dipenjara 10 tahun selepas mengaku bersalah mencuri RM22 dari tabung Masjid Pulau Sekati, Kuala Terengganu.

Lelaki itu bernama Suhaidi Abdul Hamid dan melakukan kesalahan itu pada 27 Jun lalu. Hukuman penjara itu diterimanya mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dia tidak diwakili peguam untuk dibela.

Bagaimanapun, apa yang menyentuh perasaan ramai orang adalah bila lelaki itu mendakwa dia terpaksa mengambil sedikit wang masjid itu untuk membeli susu anaknya.

Terbaru, seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Sunny Ung, terpanggil untuk membantu pesalah dengan memberikan khidmat guaman secara percuma.

image is not available

Saya difahamkan, OKT tidak diwakili oleh mana-mana peguam dalam kes tersebut. Disebabkan hal itu, saya menawarkan khidmat peguam Tetuan Ahmad Daniel Ruben & Co yang mana segala kos akan saya tanggung sepenuhnya.

Sunny merasakan OKT ini layak untuk menerima pembelaan kerana hukuman penjara 10 tahun terlalu berat hanya kerana terpaksa mencuri demi membeli susu anak.

Kredit: Malaysiakini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.