Ramai Mula Lembut Hati Tengok Abang Tesla, Puji Hubungan Dua Isteri – “Meroyan Bini Caprice Tengok Ni”

13 Sep 2023 • 12:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh media sosial yang tular gara-gara kontroversi poligami baru-baru ini, Abang Tesla meluahkan rasa syukur dijemput ke Tanah Suci menunaikan umrah bersama kedua-dua isterinya.

Menerusi video yang dikongsikan lelaki itu di TikTok, Abang Tesla turut akui bersyukur kerana memiliki isteri yang baik dan memahami.

Dalam perkongsian yang sama, dia meminta maaf kepada orang ramai anda terkasar bahasa serta atas kesilapan yang dilakukannya.

Saya cuma nak minta doa orang ramai, yang terbaik untuk kami, kebahagiaan kami. Apa yang silap, anda terkasar bahasa kami mohon maaf.

Tidak seperti video-video sebelum ini, perkongsian Abang Tesla kali ini menerima komen positif dan doa yang baik daripada warganet.

Menjengah ruangan komen, ramai yang dilihat berubah hati dan akui berasa gembira melihat kebahagiaan lelaki tersebut dengan dua isterinya.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, ramai yang memuji isteri pertamanya, Nurmajdina kerana benar-benar ikhlas dan reda dengan poligami tersebut.

Rata-ratanya turut menyebut nama isteri penyanyi rap, Caprice iaitu Elis kerana sebelum ini tular podcast mereka bersama Nurmajdina.

image is not available image is not available image is not available

image is not available 2 weeks ago

"Wanita Ada Pilihan Untuk Kekal Atau Pergi" - Pandang Tepat Mata, Elis Cuba 'Basuh Otak' Isteri Pertama Abang Tesla?