Lelaki Dipercayai Pengedar Dadah Maut, Kereta Terbabas

9 Apr 2023 • 1:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Dipercayai Pengedar Dadah Maut, Kereta Terbabas

LAHAD DATU, 9 April (Bernama) — Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah maut apabila kenderaan dipandunya terbabas ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan pasukan polis bahagian siasatan jenayah narkotik yang menjalankan Op Tapis di Jalan POIC di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmah berkata dalam kejadian pada 11.45 pagi itu, suspek warga tempatan berusia 28 tahun bertindak agresif dengan cuba melanggar dua anggota polis yang bertugas dalam operasi itu.

“Suspek secara agresif mengundurkan kereta dipandu dengan cuba melanggar anggota polis bertugas, kemudian kereta suspek membuat pusingan U serta memecut laju dalam keadaan kereta bergerak melawan arus jalan dan cuba melanggar seorang lagi anggota polis.

“Anggota polis yang ketika itu menghalang kereta suspek, bertindak mempertahankan diri dengan melepaskan satu das tembakan ke arah kereta suspek, kemudian kereta berkenaan yang bergerak laju terbabas pada jarak 400 meter ke bulatan berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya suspek yang memiliki lima rekod jenayah atas pelbagai kesalahan narkotik, selain dikehendaki bagi kes melibatkan jenayah komersial itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan polis turut merampas 7.45 gram syabu bernilai RM1,490 termasuk dua bilah parang samurai.

Sementara itu, Rohan Shah berkata 51 individu ditahan dalam tempoh tiga bulan ini membabitkan rampasan dadah dan 143 individu ditahan pada tahun lalu melibatkan kes di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(2) serta Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau turut berharap orang ramai yang mempunyai maklumat kegiatan mengedar serta menyalahgunakan dadah agar menyalurkan kepada pihak polis, sebagai usaha bersama membanteras jenayah dadah.

Pemandu maut lori terhumban ke dalam laut

image is not available
Kredit: BERNAMA

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki mati lemas apabila lori 10 tan yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Terminal Maritim Lumut dekat Manjung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan Mohd Azizi Zakaria berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu daripada pihak pelabuhan pada 5.30 pagi dan operasi menyelamat turut dibantu anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pulau Pangkor.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Aqil Rasydan Razmi berusia 20-an berjaya dibawa naik pada pukul 9.45 pagi, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

Sumber: BERNAMA