Lelaki ditemui maut, wanita tidak sedarkan diri dalam kereta

9 Apr 2023 • 1:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Seorang lelaki warga asing ditemui maut, manakala seorang wanita tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di hadapan deretan kedai di tepi stesen bas pekan Semporna, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai kejadian itu pada jam 9.10 pagi.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi itu melibatkan lelaki yang juga pemegang dokumen IMM13 berusia 40 tahun, dan wanita tempatan, 25.

“Pihak perubatan Hospital Semporna mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala mangsa wanita dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan media, Sabtu.

Mohd Farhan berkata, keluarga kedua-dua mangsa sudahpun dimaklumkan tentang kejadian itu dan punca kematian belum dipastikan sehingga proses bedah siasat dijalankan.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), katanya.

Terdahulu, tular gambar dan rakaman suara di media sosial berkenaan insiden tersebut yang mengatakan suami isteri meninggal dunia selepas tidur di dalam kereta dengan penghawa dingin terpasang sehingga pagi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.