Lelaki Dirakam Duduk Dan Tayang Duit Lebih RM100,000 Tengah Jalan Raya

8 Nov 2023 • 11:32 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Lelaki Dirakam Duduk Dan Tayang Duit Lebih RM100,000 Tengah Jalan Raya

Tular sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki tayang wang tunai sebanyak Rp350 juta (RM104,000) di tengah jalan tular di media sosial.

Video aksi lelaki itu telah dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram @info.negri sebelum menjadi tular.

Memetik TribunNews, kejadian itu dilaporkan berlaku di Jalan Kartini, Desa Aek, Kabupaten Tapanuli Tengah, Indonesia.

Menerusi video perkongsian itu, lelaki tersebut dilihat tidak memakai baju sambil duduk di tengah jalan raya.

Kemudian dia juga menabur dan menyusun sejumlah wang kertas Rp100,000 seakan-akan sedang bermain monopoli.

image is not available
Kredit Instagram

“Mari lawan siapa yang kaya,” kata lelaki di dalam video tersebut.

Di atas langit masih ada langit, apa maksudnya? Kalau kita kaya, maka ada yang lebih kaya,” sambungnya sambil mengangkat tangan.

image is not available
Kredit Instagram

Sementara itu, kenderaan yang melalui jalan itu turut membunyikan hon kerana lelaki itu telah menghalang laluan jalan raya tersebut.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mengendahkan bunyi hon itu dan tetap bermain dengan wang miliknya.

Berdasarkan video itu lagi, lelaki itu dilihat terus membebel seolah-olah memberi nasihat kepada orang ramai di sekelilingnya.

Alami kemurungan

Dalam pada itu, Bahagian Perhubungan Awam Polis Tapteng, Bridedier Poniton telah mengesahkan kejadian itu.

Lelaki di dalam video tular itu merupakan penduduk tempatan.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada Sabtu, 4 November lalu kira-kira jam 07.15 WIB.

“Polis segera mengambil tindakan dengan menyelamatkan lelaki itu dan menyerahkannya kepada keluarga,” jelas Poniton pada Isnin lalu.

Menurut Poniton, sebelum kejadian itu berlaku, lelaki tersebut telah mengeluarkan wangnya itu di Bank BRI Cawangan Sibolga.

“Kemudian dia duduk di tengah jalan, meletakkan sejumlah wang kertas Rp 100,000 dan berteriak dengan suara yang besar,” terang Poniton lagi.

Bagaimanapun, Poniton tidak menyatakan sebab mengapa lelaki itu mengalami kemurungan.

“Kami tidak mempunyai kapasiti untuk mengesahkan (punca kemurungannya). Di sini kita menahan lelaki itu supaya tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu aktiviti masyarakat,” akhir Poniton.

Sumber: TribunNews