
Tular sebuah rakaman di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila melintas dan menahan beberapa buah kenderaan di tengah laluan jalan raya.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kejadian itu dipercayai berlaku di laluan Lebuhraya Senai-Desaru, Johor pada Selasa.
Dalam video itu, individu terbabit secara tiba-tiba menghalang kenderaan di laluan kanan yang sekali gus mengakibatkan trafik bertukar perlahan ketika kejadian.
Artikel berkaitan: Pakcik Tampar Pemuda 6 Kali, Dakwa Matanya Silau Sebab Lampu Kereta
Artikel berkaitan: Penganggur Tunjuk Belang ‘Flying Kick’ Warga Emas Dipenjara 6 Bulan
Beberapa pemandu kelihatan terpaksa memberhentikan kenderaan mereka dan mengelak daripada berlanggar dengan individu terbabit.
Melihat kejadian itu, rata-rata netizen menggesa agar si pelaku ditangkap polis kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya.
Walaupun ramai menyatakan situasi itu seperti dalam permainan aksi GTA, namun membimbangkan jika kejadian itu berlaku di depan mata kerana boleh mencetuskan panik dan menyebabkan kemalangan.

Menurut saksi kejadian, difahamkan lelaki terbabit bertindak melarikan diri sebaik didatangi kenderaan polis.
Katanya, satu laporan telah dibuat berhubung gangguan tersebut namun individu terbabit terlebih dahulu beredar dari lokasi kejadian sebelum ditangkap.
Sumber: TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


