
TAWAU: Dua lelaki disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan dalam Ops Mabuk di Jalan Chong Thien Vun, lewat malam Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, saringan awal menggunakan alat SD2+ ke atas lelaki berumur 49 dan 62 tahun itu, mendapati kedua-duanya positif.
“Mereka kemudiannya dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPT) IPD Tawau untuk ujian pernafasan menggunakan alat Evidential Analyzer (EBAII).
“Hasilnya, kedua-dua lelaki tersebut positif kandungan alkohol dalam darah, melebihi had yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, Isnin.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, dalam operasi itu, seramai 38 individu diperiksa membabitkan 33 kenderaan dan tujuh notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Antaranya, kesalahan lesen memandu, cermin sisi, tidak memasang lampu motosikal, tali pinggang keledar dan insurans kenderaan tamat tempoh.
Operasi Bersepadu (Ops Mabuk) bermula jam 11 malam hingga 1.30 pagi itu dijalankan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) dan Balai Polis Tawau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.
Operasi itu membabitkan 13 anggota dan pegawai, diketuai ASP Jafri Abdul Hamid.
Mengulas lanjut, Jasmin berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan operasi dan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had.
Ini kerana, katanya, pemandu mabuk bukan sahaja mengundang bahaya pada diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


