
Kota Kinabalu: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai membunuh bapa saudaranya dan membakar mayatnya di kawasan hutan dekat sini.
Penahanan pada Jumaat itu dibuat susulan laporan salah seorang ahli keluarga mangsa yang menemui serpihan tulang disyaki tulang manusia yang telah dibakar di kawasan hutan di belakang sebuah rumah tidak bernombor di Kg Kipaliu, di sini.
Mangsa sebelum itu telah hilang selama empat hari.
Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin berkata, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Kesemua serpihan tulang itu akan dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk tujuan analisis perbandingan DNA,” katanya.
Suspek berusia antara 48 dan 50 tahun itu ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian.
Beliau menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes yang boleh mengganggu siasatan dan menggugat ketenteraman awam.
Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Polis Daerah Ranau pada talian 088-875222.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
