
Lelaki Disyaki Bunuh Ibu, Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Beku Sejak 2021
Mayat seorang wanita ditemui di dalam sebuah peti sejuk beku selepas dipercayai dibunuh oleh anaknya sejak 2021 dalam kejadian di Jalan Klang Lama, lapor Sinar Harian.
Mayat ditemui selepas anak lelaki mangsa menghubungi sendiri pihak polis dan memaklumkan perkara tersebut. Menurut sumber seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, lelaki itu dipercayai mengalami masalah kesihatan.
“Berdasarkan maklumat awal, suspek turut berada bersebelahan peti sejuk beku berkenaan ketika polis tiba di lokasi kejadian,” kata sumber terbabit.
Setakat ini, siasatan lanjut di lokasi kejadian masih dijalankan oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata kenyataan akan dikeluarkan oleh pihaknya dalam masa terdekat.
Sumber: Sinar Harian
The post Lelaki Disyaki Bunuh Ibu, Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Beku Sejak 2021 appeared first on Siakap Keli.


