
KULIM – Seorang lelaki berusia 36 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan curi kabel telekomunikasi berjaya diberkas polis selepas kereta Jaguar kelabu yang dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal di tepi jalan Junjong, pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi ketika suspek bersama seorang rakan sedang melarikan diri. Bagaiman
Pemeriksaan lanjut mendapati kereta mewah yang dipandu suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu selain nombor casisnya tidak wujud.
“Suspek dipercayai masuk ke kawasan Junjong untuk mencuri kabel. Namun ketika cuba melarikan diri selepas kemalangan, dia berjaya ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota IPD Kulim bersama Balai Polis Junjong,” katanya.
Rampasan Dadah dan Peralatan Curi
Menurut laporan Harian Metro lagi, polis turut merampas kereta Jaguar terbabit, peralatan mencuri kabel serta dadah jenis syabu.
Hasil ujian saringan mendapati suspek positif methamphetamine selain mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, termasuk pernah tiga kali dihukum sebelum ini.
Zulkifli berkata, pihaknya sedang memburu rakan suspek yang masih bebas serta menyiasat kaitan mereka dengan kes kecurian kabel telekomunikasi di Bukit Jelutong, Kulim Hi Tech. – The Malaysian Update
The post Lelaki Disyaki Curi Kabel Dicekup Selepas Kereta Jaguar Terbabas Langgar Motosikal appeared first on The Malaysian Update.


