Warga emas diselamatkan selepas empat hari terperangkap dalam lif

9 Sep 2025 • 8:58 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OSNABRUCK (Jerman), 9 SEPT: Lelaki berusia lingkungan 70-an baru-baru ini diselamatkan daripada lif rosak di utara Jerman selepas terperangkap selama empat hari tanpa makanan, air atau cara untuk meminta bantuan, menurut polis semalam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kejadian berlaku pada akhir Jun di rumah persendirian lelaki itu di Osnabruck. Fius yang rosak menyebabkan lif berfungsi dengan tidak sempurna sekali gus menjejaskan butang panggilan kecemasan, menurut jurucakap polis.

Lelaki itu ditemui anaknya empat hari kemudian yang segera menghubungi perkhidmatan kecemasan. Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang keletihan itu, dan beliau kini pulih serta berada dalam keadaan “baik.”

Pihak berkuasa menyatakan lelaki itu sangat bernasib baik masih hidup kerana kebiasaannya seseorang hanya mampu bertahan kira-kira tiga hari tanpa air.

- BERNAMA-DPA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved