Lelaki Disyaki Fitnah Tok Batin ‘Simpan’ Jaslinda Sudah Ditahan Polis

LocalPolitics
12 Jun 2026 • 9:57 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Lelaki Disyaki Fitnah Tok Batin ‘Simpan’ Jaslinda Sudah Ditahan Polis

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial kenyataan seorang lelaki dalam rakaman siaran langsung (live) yang mendakwa kononnya Tok Batin ‘simpan’ pendaki wanita, Jaslinda Saludin selama berminggu-minggu.

Kenyataan itu nyata mendapat perhatian hingga 50 tok batin serta wakil masyarakat Orang Asli membuat laporan polis terhadap kenyataan terbabit.

Walau bagaimanapun, lelaki itu kemudiannya memohon maaf dan mendakwa ia hanyalah gurauan bersama netizen.

Baca Artikel Berkaitan: “Hanya Gurauan Bersama Netizen” – Lelaki Dakwa Tok Batin ‘Simpan’ Jaslinda Mohon Maaf [Video]

Lelaki Disyaki Fitnah Jaslinda & Tok Batin Telah Ditahan Polis

Semalam (11 Jun), polis telah menahan seorang lelaki yang berusia lingkungan 30-an kerana dipercayai memfitnah dan mengaibkan Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd Asmmadi Abdullah ketika live di platform TikTok selepas penemuan Jaslinda.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim, lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Ipoh, Perak kira-kira jam 1 tengah hari bagi membantu siasatan.

“Polis akan memohon perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Tapah hari ini (12 Jun) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Polis Terus Siasat Meskipun Lelaki Dah Mohon Maaf

Abdul Malik sebelum ini menjelaskan pihaknya akan meneruskan siasatan terhadap lelaki terbabit meskipun dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Terangnya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Malah, pihaknya juga telah menerima 11 laporan polis daripada pelbagai pihak termasuklah sekumpulan Tok Batin berhubung isu berkenaan.

“Kita akan ambil keterangan lelaki berkenaan dalam masa terdekat selain mendapatkan pengesahan rasmi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung beberapa perkara termasuk isi kandungan video terbabit,” jelasnya.

Kenyataan Lelaki Dakwa Tok Batin ‘Simpan’ Jaslinda Disifatkan Tidak Berasas

Terdahulu, seramai 50 tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari daerah Batang Padang, Muallim dan Kinta menzahirkan rasa kesal dan membuat laporan polis berhubung kenyataan lelaki terbabit.

Tegas mereka, kenyataan tersebut adalah tidak berasas dan dianggap sebagai satu penghinaan kerana boleh mencemarkan Mohd Asmmadi serta institusi kebatinan Orang Asli.

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Hilang Ketika Hiking, Nur Izzati Humaira Ditemukan Meninggal Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Kes Kehilangan Nur Izzati Humaira Ketika Hiking: Tular Suara Seakan Ketawa Ketika Operasi SAR [Video]