Lelaki Disyaki Muat Naik Hantaran Hina Islam Ditahan

LocalPolitics
25 Mar 2025 • 6:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun kerana disyaki memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap agama Islam menerusi akaun Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata lelaki itu ditahan sepasukan polis Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman di sebuah rumah di Taman Johor Jaya, Johor Bahru pada 2.30 petang hari ini.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit disyaki digunakan untuk memuat naik hantaran itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada Jumaat lepas, Razarudin berkata polis menyiasat seorang pemilik akaun Facebook selepas disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Islam, dengan laporan polis diterima di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini.

Terdahulu, tular menerusi laman media sosial mengenai hantaran mengandungi kenyataan kontroversi mencabar askar dan umat Islam di Malaysia ke Gaza, selain menyindir kecaman diberikan terhadap Israel sebagai tidak bermakna.

Kenyataan itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak kerana dianggap menyentuh sensitiviti agama.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved