Lelaki disyaki penjenayah maut ditembak di Kundang

LocalPolitics
25 Sep 2024 • 1:20 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki disyaki penjenayah dikehendaki polis mati ditembak di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor awal pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berbalas tembakan dengan sekumpulan individu yang merupakan penjenayah dikehendaki itu.

Penjenayah yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina dipercayai tidak mengendahkan arahan polis yang mengarahkan supaya memberhentikan kenderaan mereka.

Bagaimanapun, mereka melepaskan tembakan ke arah polis.

Difahamkan tembakan polis mengenai salah seorang suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, polis akan berkongsi butiran lanjut tentang kes terbabit menerusi sidang media atau kenyataan media dalam masa terdekat. - 25 September, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved