
TAWAU: Seorang lelaki berusia 30an ditangkap polis kerana disyaki merogol seorang mangsa bawah umur yang juga jirannya, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek ditangkap dalam serbuan ke atas sebuah rumah di daerah ini oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis oleh mangsa dan keluarganya selepas kejadian tersebut disedari oleh nenek mangsa.
Nenek mangsa, katanya, mendakwa cucunya dirogol dan dicabul oleh suspek berdasarkan pengakuan mangsa itu sendiri yang mengatakan dia dicabul sebanyak tiga kali dalam tempoh dua bulan oleh suspek.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Suspek ditahan reman bagi siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan,” katanya.
Tambahnya, semakan rekod jenayah lampau turut mendapati suspek pernah disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Awam 2012.


