Lelaki disyaki terjun sungai elak pemeriksaan ditemukan lemas

13 Aug 2026 • 4:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki disyaki terjun sungai elak pemeriksaan ditemukan lemas
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas di Sungai Kampung Gong Maksom di Kampung Raja, Jertih pada Khamis. - FOTO: Polis

JERTIH - Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang dipercayai terjun ke Sungai Kampung Gong Maksom di Kampung Raja di sini pada Rabu bagi mengelak daripada pemeriksaan polis ditemukan lemas pada Khamis. 

Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata,mayat mangsa yang telah dikenali pasti identitinya ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar 11.30 pagi, kira-kira 250 meter dari lokasi terakhir lelaki tersebut dilihat. 

 Beliau berkata, dalam kejadian jam 5.45 petang pada Rabu, pihak polis sedang menjalankan pemeriksaan berkaitan kes dadah di kawasan berhampiran sungai tersebut. 

"Lelaki ini dipercayai terjun ke dalam sungai ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis sebelum gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. 

Mohd Rozaime berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk proses bedah siasat. 

Sementara itu, beliau berkata pemeriksaan lanjut di sebuah bangsal kayu berhampiran lokasi kejadian turut menemukan sejumlah pil disyaki dadah. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved