
BESUT – Seorang lelaki yang dipercayai terjun ke dalam sungai ditemui mati lemas di Sungai Besut berhampiran Kampung Gong Mak Som, di sini hari ini.
Mayat lelaki berusia 28 tahun tersebut ditemuikan anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 11.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, mayat lelaki itu ditemukan di dalam sungai tersebut kira-kira 250 meter dari lokasi dia kali terakhir terlibat.
Beliau berkata, lelaki tersebut sebelum ini bertindak nekad terjun ke dalam sungai terbabit dipercayai bagi mengelak pemeriksaan polis.
“Mayat lelaki tempatan itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Kosmo! Online semalam melaporkan sebelum kejadian, lokasi kejadian telah diserbu kerana disyaki menjadi lokasi penyalagunaan dadah pads pukul 5.45 petang, semalam.
Mohd. Rozaime berkata, pemeriksaan di dalam bangsal berhampiran lokasi lelaki itu terjun ke dalam sungai telah menjumpai beberapa biji pil disyaki dadah. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki maut terjun sungai lari pemeriksaan polis appeared first on Kosmo Digital.





