Lelaki ditahan, 2,000 pil Yaba bernilai RM20,000 dirampas

15 Nov 2026 • 1:54 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lelaki ditahan, 2,000 pil Yaba bernilai RM20,000 dirampas

Lelaki 33 tahun ditahan di Gua Musang selepas polis merampas 2,000 pil disyaki yaba bernilai RM20,000 dalam Ops Tapis

GUA MUSANG: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 2,000 biji pil disyaki yaba bernilai RM20,000 dalam Ops Tapis di Rantau Manis, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata suspek berumur 33 tahun itu ditahan pada 5.30 petang ketika menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna biru tanpa nombor pendaftaran di hadapan tandas Lapang Sasar Rantau Manis.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap motosikal itu menemukan sebuah beg plastik berwarna hitam di dalam raga sebelum pemeriksaan lanjut menjumpai beberapa bungkusan plastik mengandungi 2,000 biji pil disyaki yaba dengan berat keseluruhan 200 gram.

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan RM20,000. Polis turut merampas motosikal jenis Yamaha Y15ZR bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sik berkata ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, selain mempunyai lima rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat serta mengesan sumber bekalan dadah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved