Tiga beradik dari Gua Musang ke Rantau Panjang demi rantai emas buat ibu

12 Nov 2026 • 1:10 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Tiga beradik membawa ibu menaiki motosikal dari Gua Musang ke Rantau Panjang untuk membeli rantai emas hasil wang simpanan bersama.

Kasih sayang tiga beradik terhadap ibu mereka mengundang sebak dalam kalangan netizen apabila sanggup menempuh perjalanan jauh dengan menaiki motosikal dari Gua Musang ke Rantau Panjang, Kelantan, semata-mata mahu menghadiahkan seutas rantai emas buat insan tersayang.

Kisah menyentuh hati itu dikongsikan menerusi satu hantaran di TikTok Emas Che Gas Rantau Panjang yang memaparkan usaha tiga beradik berkenaan membawa ibu mereka ke sebuah kedai emas bagi merealisasikan hasrat yang sudah lama dirancang.

Lebih mengharukan, mereka difahamkan telah lama berpakat untuk mengumpul wang simpanan bersama-sama demi membelikan ibu mereka seutas rantai emas sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanannya.

Ketika berada di kedai emas berkenaan, mereka dikatakan mencari rantai emas yang bersesuaian dengan kemampuan hasil wang yang dikumpulkan selama ini.

“Emas harga RM3,000 ada tak? Kami datang jauh dari Gua Musang ke Rantau Panjang bawa mak.

“Kami dah lama sepakat menabung tiga beradik nak belikan mak rantai,” menurut perkongsian tersebut.

Meskipun perlu menempuh perjalanan jauh dengan menaiki motosikal, perkara itu bukan penghalang buat mereka untuk menggembirakan hati ibu tercinta.

“Tak kisah perjalanan jauh asalkan mak gembira,” demikian luahan yang dikongsikan menerusi hantaran berkenaan.

Kisah berkenaan mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen, sekali gus menjadi gambaran bahawa kasih sayang terhadap ibu bukan sekadar diungkapkan melalui kata-kata, sebaliknya dibuktikan dengan usaha dan pengorbanan.

“Gua Musang ke Rantau Panjang naik muto gendong mok, sebok kito tengok,” tulis netizen.

The post Tiga beradik dari Gua Musang ke Rantau Panjang demi rantai emas buat ibu appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved