Lelaki ditahan bakar isteri hingga mati

12 Jul 2023 • 4:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kematian isterinya dipercayai dibakar dalam kejadian di Kampung Bharu, dekat sini Isnin lepas. - Gambar hiasan

MANJUNG - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kematian isterinya dipercayai dibakar dalam kejadian di Kampung Bharu, dekat sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia pada Rabu selepas menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.

Menurutnya, polis dimaklumkan dalam kejadian itu, suspek berusia 28 tahun telah membakar isterinya di sebuah rumah di kawasan berkenaan.

"Siasatan mendapati punca kejadian akibat rasa tidak puas hati apabila mangsa dan keluarganya menuduh suspek mengambil dadah.

"Suspek berjaya diberkas sehari selepas kejadian di sebuah restoran di Lumut bersama rampasan," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, polis telah mendapatkan tahanan reman terhadap suspek selama tujuh hari sehingga 18 Julai ini.

Katanya, siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Bedah siasatan terhadap mangsa akan dilakukan esok bagi mengetahui punca sebenar kematian," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved