Lelaki ditahan bantu siasatan kes pukul, khianat 

17 Jun 2026 • 3:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki ditahan bantu siasatan kes pukul, khianat 

BEAUFORT: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dan melakukan khianat di Kampung Padas Damit.

Ketua Polis Daerah Beaufort Supt Champin Piuh berkata suspek dipercayai menumbuk seorang lelaki berusia 58 tahun serta merosakkan dua motosikal milik mangsa dalam kejadian berkenaan.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort mengesan dan menahan suspek.

“Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata polis akan terus mempergiat tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman masyarakat sentiasa terpelihara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved