Lelaki Ditahan Berkaitan Kes Penghinaan Terhadap Premier Sarawak

20 Apr 2024 • 1:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Unsur ugutan dan penghinaan di media sosial terhadap Premier Sarawak, Timbalan Premier dan Menteri Kerja Raya

Lelaki Ditahan Berkaitan Kes Penghinaan Terhadap Premier Sarawak. Seorang lelaki berusia 46 tahun telah ditangkap untuk siasatan lanjut berkaitan kes penghinaan terhadap Premier Sarawak, serta timbalannya dan Menteri Kerja Raya

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mancha Ata, suspek tersebut ditahan untuk membantu siasatan dan kes ini akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

image is not available
Lelaki Ditahan Berkaitan Kes Penghinaan Terhadap Premier Sarawak

Pihak polis menerima 7 laporan berkaitan perkara tersebut

Beliau menerangkan bahawa pihak polis kontinjen Sarawak telah menerima tujuh laporan polis berkenaan posting di media sosial yang mengandungi unsur-unsur ugutan serta penghinaan terhadap Premier Sarawak, Timbalan Premier dan Menteri Kerja Raya.

Menurut laporan, suspek tersebut ditangkap untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan sembunyi nama.

Tambahan pula, siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan lain-lain.

Pihak berkuasa menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Baca juga artikel yang berkaitan: