Lelaki ditahan bersama peluru bakakuk

27 Aug 2023 • 3:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Polis menahan seorang lelaki dan merampas lima butir peluru hidup dalam operasi di Kampung Suasa dan Bangkalalak.

Peluru itu dipercayai digunakan untuk ‘bakakuk’ (senjata buatan sendiri).

Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah berkata, operasi itu melibatkan 24 anggota polis yang diketuainya dari jam 7 petang-11 malam, Khamis.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Suasa, dan peluru disembunyikan di dalam beg.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Siasatan masih dijalankan bagi mengesan ‘bakakuk’ yang disembunyikan itu, dan suspek juga akan disiasat dari mana dia mendapatkannya,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Sementara itu, polis turut memeriksa lapan lelaki dalam operasi itu.

“Lima remaja tempatan positif syabu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.