Lelaki ditahan buat ugutan jenayah

LocalPolitics
12 Feb 2025 • 9:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes ugutan jenayah di sebuah restoran di Jalan Kasipillay, di sini, pada Selasa. Gambar hiasan (Gambar kecil: Ahmad Sukarno)

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes ugutan jenayah di sebuah restoran di Jalan Kasipillay, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, dalam kejadian pada jam 7.50 pagi, pengadu berada di restoran itu telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki dikenalinya yang memaki hamun dengan kata-kata kesat.

"Suspek turut didakwa mengugut mahu datang ke restoran untuk memotong serta membunuh pengadu dan memecahkan premis berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Sukarno berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun pada jam 12.15 tengah malam, Rabu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah). Setakat ini tiada laporan berkaitan pemerasan diterima," katanya.