Lelaki ditahan cederakan adik

15 Oct 2022 • 11:44 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan kerana mencederakan adik perempuannya dalam satu kejadian di Taman Rakan, Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan dalam kenyataan hari ini berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya kira-kira 1.30 pagi semalam selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 24 tahun.

Beliau berkata sebelum itu, berlaku pergaduhan ketika mangsa sedang memasak kira-kira 11 malam semalam di dapur yang terletak bersebelahan bilik abangnya.

Mohd Zaid berkata lelaki itu bertindak menarik rambut, menumbuk dan menampar bahagian muka adiknya sehingga menyebabkan kecederaan pada muka serta gigi hadapan patah.

Katanya lelaki itu direman empat hari hingga 17 Okt ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved