Lelaki ditahan cuba ganti kad pengenalan palsu di JPN

14 Mar 2024 • 9:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lelaki ditahan di Pejabat JPN Sandakan disyaki miliki kad pengenalan palsu. Foto Facebook JPN

SANDAKAN - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu, Isnin lalu.

Lelaki terbabit ditahan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika cuba membuat permohonan bagi penggantian dokumen tersebut di kaunter JPN cawangan Sandakan.

JPN Negeri Sabah dalam satu kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, semakan oleh pegawai JPN mendapati kad pengenalan yang digunakan oleh lelaki berkenaan tidak sepadan dengan maklumat dalam pangkalan data JPN.

"Lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!