Lelaki ditahan dengan 930g syabu

LocalPolitics
11 Aug 2024 • 2:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang suspek pengedar dadah ditahan polis bersama sekitar 930 gram dadah dipercayai syabu bernilai RM63,190 dalam operasi di sekitar bandar ini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, lelaki warga tempatan berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan jam 8.15 malam oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), IPD Tawau.

Menurutnya, semasa di lokasi serbuan, polis terlihat sebuah kenderaan yang berhenti di tempat letak kereta sebelum seorang lelaki keluar dari kenderaan tersebut dengan memakai beg silang.

“Suspek ditahan apabila polis menghampiri lelaki tersebut dan hasil pemeriksaan beg silangnya, polis menemui satu beg plastik berwarna hitam mengandungi dadah tersebut,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more Jasmin berkata, suspek yang berasal dari Batu 4, Jalan Apas itu juga didapati positif dadah jenis metamfetamin dan amfetamin menerusi ujian saringan air kencing.

Tambahnya, polis masih menjalankan siasatan bagi memburu dalang kes itu dan suspek kini dalam tahanan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen a15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes berasingan, beliau berkata, polis menahan seorang lelaki disyaki ‘transporter’ bersama 13.46 gram syabu di hadapan sebuah pondok hentian bas di Batu 15 Jalan Apas, sekitar jam 3.30 petang Jumaat.

Menurutnya, suspek warga asing berusia 52 tahun itu dilihat mencurigakan semasa rondaan cegah jenayah oleh pasukan pegawai dan anggota daripada Balai Polis Bandar Sri Indah (BSI).

“Semasa siasatan awal, suspek menyerahkan tiga paket plastik lutsinar berlainan saiz yang setiap satunya berisi hablur jernih disyaki syabu dengan anggaran berat 13.46 gram bernilai RM1,100,” katanya.

Jasmin berkata, suspek dibawa ke BJSN IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.