Lelaki ditahan, didakwa cabul anak saudara

LocalPolitics
20 Aug 2025 • 1:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan kerana didakwa mencabul anak saudaranya berusia 16 tahun, di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah, ACP Dzulbaharin Ismail berkata lelaki itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sebuah kampung selepas mangsa membuat laporan polis.

Mangsa mendakwa dia dicabul suspek sejak berusia 10 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan perumahan sebuah ladang.

“Berdasarkan maklumat, suspek ditahan pada 10.40 malam Isnin,” katanya sambil menambah suspek kini dalam tahanan untuk siasatan.

Dzulbaharin berkata polis akan memohon reman di mahkamah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.