Lelaki Ditahan Dipercayai Cabul Seorang Remaja Perempuan Di PPS

LocalPolitics
29 Nov 2025 • 2:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Dipercayai telah mencabul seorang remaja perempuan ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika banjir, seorang lelaki berusia 21 tahun telah ditahan polis.

Menurut Kosmo, mangsa yang berusia 16 tahun itu tidak mengenali suspek dan ketika sama-sama berada di PPS itu, kedua-dua mereka berbual-bual sahaja.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah PPS di daerah Bachok, Kelantan beberapa hari lepas.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel Berkaitan: Guru Muzik Ditahan, Didakwa ‘Sentuh’ Pelajar Sekolah Rendah

Artikel berkaitan: Lelaki Didakwa Cabul Wanita Di Pasar Raya, Caprice Gesa Polis Buru Pelaku

Namun, mangsa kemudiannya telah dicabul oleh suspek dan kejadian itu telah dimaklumkan oleh mangsa kepada ibunya.

Susulan itu, laporan polis telah dibuat oleh ibu remaja perempuan berkenaan.

Pihak polis kemudiannya menahan suspek untuk disiasat. Suspek difahamkan telah ditahan reman sehingga esok iaitu selama lima hari.

Menurut pihak polis daerah Bachok, siasatan awal mendapati lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Sumber: Kosmo

Sumber: Gambar Hiasan Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.