Lelaki ditahan disyaki curi kabel TM

31 Mar 2024 • 7:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.50 pagi di kawasan utama Kampung Sri Hamzah, Kemayan pada Ahad disyaki mencuri kabel komunikasi milik TM. - Gambar hiasan

BERA - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencuri kabel komunikasi Telekom Malaysia (TM) di kawasan utama Kampung Sri Hamzah, Kemayan dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.50 pagi di lokasi kejadian.

Menurutnya, semasa tangkapan, pihak polis turut merampas satu unit tangga aluminium, sebuah pemotong kabel dan sebatang sepana yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel berkenaan.

"Hasil semakan rekod mendapati suspek turut mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

"Suspek telah dibawa ke Mahkamah Temerloh untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan reman dibenarkan selama empat hari untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pihaknya percaya beberapa kes kecurian kabel komunikasi TM yang dilaporkan di daerah Bera sebelum ini berjaya diselesaikan dengan tertangkapnya suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved