Lelaki ditahan disyaki tendang perut dan tumbuk kepala bekas isteri

LocalPolitics
26 May 2025 • 3:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Seorang lelaki yang disyaki menendang perut dan menumbuk kepala bekas isterinya sehingga mengalami kecederaan berjaya ditahan dalam Op Cantas Mega pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata suspek berusia 37 tahun ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau hasil maklumat awam.

“Suspek yang juga bekas suami mangsa disyaki melakukan perbuatan terbabit kira-kira jam 8 malam semasa mendatangi kediaman bekas isterinya di Balung.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Mangsa meminta bekas suaminya pulang kerana mereka bukan lagi pasangan suami isteri namun suspek berang sebelum bertindak menendang perut dan menumbuk kepalanya,” katanya.

Mengulas lanjut Jasmin menyatakan perbuatan suspek yang menyerang bekas isterinya secara agresif terbabit mengakibatkan wanita terbabit mengalami kecederaan pada bahagian anggota tubuhnya.

“Berikutan kejadian itu suspek ditahan dan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan siasatan kes berkaitan dijalankan menerusi Seksyen 323/ 326A Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu menurut beliau suspek mahkamah boleh dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Katanya pada masa sama Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan atas sabitan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved