Lelaki ditahan kes kelakuan tak senonoh semasa seminar SPM

LocalPolitics
10 Feb 2026 • 2:24 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berhubung laporan kelakuan tidak senonoh yang didakwa berlaku semasa satu seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah universiti swasta, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu pada Sabtu lalu.

Menurut beliau, suspek yang berusia lingkungan 20-an ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di kawasan Sri Petaling, semalam.

“Motif kejadian masih dalam siasatan. Individu yang ditahan telah direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 11 Februari 2026 bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman dan dakwaan mengenai seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh semasa menghadiri satu seminar melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima yang diadakan di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan mengganggu ketenteraman awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved