Lelaki ditahan kes remaja parah terkena tembakan bakakuk

16 Nov 2026 • 5:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki ditahan kes remaja parah terkena tembakan bakakuk

RANAU – Seorang lelaki berusia lingkungan 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun parah terkena tembakan pada bahagian leher dalam kejadian berhampiran Sungai Keliu, Kampung Tinanom, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, lelaki berkenaan ditahan sebuah rumah di Kampung Tinanom pukul 1.30 tengah hari.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam Sabtu lalu, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun cedera parah selepas dipercayai terkena tembakan pada bahagian leher.

Katanya, mangsa dikatakan sedang menangkap ikan dan katak di tepi sungai bersama bapa saudaranya sebelum insiden tembakan berlaku.

“Mangsa kemudian dibawa keluar dari kawasan berkenaan sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) Paginatan, Ranau kira-kira pukul 9 malam.

“Susulan kesukaran bernafas dialami mangsa, petugas kesihatan membuat laporan polis jam 3.49 pagi Ahad sebelum mangsa dirujuk ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami 13 kesan kecederaan hampir seluruh anggota badan selain pergelangan tangan kiri turut patah,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pukul 6 petang semalam untuk menjalani pembedahan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mursalin berkata, siasatan mendapati suspek dikatakan sempat membuang senjata api jenis bakakuk di hutan sebelum bergilir-gilir dengan bapa saudara mangsa mengangkat remaja itu untuk ke hospital.

“Setakat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 37 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya.

The post Lelaki ditahan kes remaja parah terkena tembakan bakakuk appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved