Lelaki Ditahan Polis Selepas Tular Video Belasah Sekumpulan Remaja Guna Helmet

LocalPolitics
16 Dec 2025 • 10:41 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak memukul sekumpulan remaja menggunakan topi keledar.

Menerusi video tular itu, awalnya kelihatan dua orang remaja lelaki sedang duduk di kaki lima sebelum datang lelaki tersebut menendang mereka sebelum memukul dengan topi keledarnya.

Tidak lama selepas itu turut kelihatan beberapa lagi remaja yang lalu di kawasan tersebut turut dipukul menggunakan topi keledar tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Polis tahan lelaki tular pukul sekumpulan pelajar madrasah guna helmet

Susulan daripada penularan video itu, polis kemudiannya telah menahan lelaki warga tempatan berusia sekitar 30-an yang disyaki terlibat penderaan kanak-kanak serta menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Sekumpulan remaja berkenaan dipercayai merupakan pelajar di sebuah madrasah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden terbabit kira-kira jam 11.55 malam.

“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

“Selain itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Siasatan lanjut sedang dilakukan

Jelas beliau lagi, siasatan lanjut juga sedang dilakukan untuk mengenal pasti punca insiden serta peranan lelaki berkenaan menerusi rakaman yang tular.

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menghormati privasi semua pihak yang terlibat.

“Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.”