Lelaki ditahan rakam video wanita dalam tandas kedai serbaneka

20 Sep 2026 • 11:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lelaki ditahan rakam video wanita dalam tandas kedai serbaneka

KUANTAN, 20 SEPT: Polis menahan seorang lelaki dipercayai merakam video seorang wanita ketika berada di dalam tandas sebuah kedai serbaneka di Bandar Inderapura, Jerantut semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintenden Nor Azman Yusof berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi apabila mangsa berusia 26 tahun, yang juga pelanggan kedai berkenaan, mendakwa ternampak perbuatan seseorang di tandas bersebelahan yang dipercayai sedang merakam dirinya menggunakan telefon bimbit melalui bahagian atas tandas.

“Susulan itu, mangsa bersama ahli keluarganya memeriksa tandas bersebelahan sebelum suaminya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut bagi mendapatkan bantuan.

“Anggota Unit Rondaan Bermotosikal Balai Polis Jerantut yang tiba di lokasi kemudian berjaya menahan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah telefon bimbit iPhone 16 Plus yang dipercayai digunakan dalam perbuatan itu untuk dibawa ke Bahagian Forensik Polis Diraja Malaysia bagi tujuan analisis.

Nor Azman berkata suspek direman selama tiga hari sehingga 22 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved