
TAWAU: Polis menahan seorang lelaki ekoran dipercayai menyerang jiran warga emas berumur 60-an menggunakan ibu kunci dalam kejadian di bangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) Flat Sri Balung pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata tangkapan melibatkan seorang lelaki berumur 44 tahun dan merampas ibu kunci yang diserahkan sendiri oleh suspek.
“Suspek disyaki bertindak agresif dengan memukul bahagian kepala mangsa menggunakan objek keras sehingga menyebabkan kecederaan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Mangsa selepas kejadian dikatakan naik semula ke rumahnya di flat sama sebelum meminta isterinya menghubungi polis dan ambulan untuk mendapatkan bantuan,” katanya menerusi kenyataan medianya.
Jasmin berkata berikutan kejadian dan laporan polis yang dibuat mangsa polis menahan suspek dan merampas objek yang digunakan untuk memukul mangsa.
Menurut beliau siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
“Suspek boleh dihukum penjara sehingga maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada hukuman terbabit jika didapati bersalah,” katanya.
Sementara itu dalam kes berasingan polis seorang remaja lelaki berumur 18 tahun ditahan berikutan disyaki terlibat dalam kes curi di sebuah kenderaan di Kampung Sri Pantai.
Jasmin berkata suspek ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas dalam satu serbuan yang dijalankan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah.
“Tangkapan dilakukan susulan laporan polis dibuat seorang wanita selepas menyedari cermin kereta miliknya dipecahkan malah beberapa peralatan kereta dan barangan miliknya hilang,” katanya.
Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


