Lelaki ditahan, tumbuk muka bekas isteri

18 Jan 2024 • 10:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

TAWAU - Seorang lelaki ditahan selepas bertindak mengasari bekas isterinya dengan menumbuk di bahagian muka dalam kejadian di Bombalai di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, terdapat perselisihan faham sehingga berlakunya pertengkaran antara suspek berusia 37 tahun dan mangsa yang berusia 42 tahun.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, sepasukan polis segera ke lokasi selepas menerima laporan daripada orang awam berkaitan kejadian itu.

"Hasil siasatan awal mendapati, suspek telah bertindak kasar terhadap bekas isterinya dengan menumbuk dan memukul dagu mangsa sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian muka.

"Selain itu, pertengkaran yang berpanjangan menjadi punca suspek dan mangsa berada dalam keadaan di luar kawalan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Jasmin berkata, suspek kini direman bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 324/ 326A Kanun Keseksaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved